Gabungan Politik Parti_Kebangsaan_Sarawak

Setelah ditubuhkan pada 1961, SNAP telah menjadi salah sebuah parti komponen Perikatan semenjak 1963 apabila Sarawak menyertai penubuhan dan merdeka dalam gagasan persekutuan Malaysia. Pada 1965, SNAP telah disingkir dari gabungan Perikatan setelah usaha pengulingan dan penyingkiran Stephen Kalong Ningkan dari jawatan Ketua Menteri[11] atas alasan kerana sokongan dan desakan SNAP bagi peningkatan kuasa autonomi untuk negeri Sarawak.

Dalam Pilihan Raya Umum 1974, SNAP telah bersekutu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai pembangkang dan kedua-duanya telah cermerlang memenangi 9 kerusi parlimen masing-masing. SNAP telah berkempen menentang polisi Ketua Menteri Abdul Rahman Ya'akub yang pro-Melayu Semenanjung yang meminggirkan dan menindas bukan Melayu terutama kaum Dayak. Ini telah menjurus kepada penangkapan dan penahanan presiden SNAP dan Ketua Pembangkang, James Wong di atas Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Leo Moggie telah yang memangku jawatan pemimpin SNAP telah mengikhtiarkan pembebasan James Wong dan kemasukan semula ke dalam Barisan Nasional (BN).

Pada 1976, SNAP telah menyertai semula Barisan Nasional yang baru mengantikan Perikatan walaupun dengan kuasa yang jauh kurang dari masa permulaan dahulu SNAP berkuasa di Sarawak di mana presidennya memegang jawatan Ketua Menteri. SNAP berada di dalam BN selama hampir 3 dekad sehingga 2004.

Pada 2004, SNAP disingkirkan kali kedua dari BN rentetan krisis kepimpinan SNAP dan pembatalan pendaftaran SNAP oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2002 dan SNAP yang telah bertanding di atas tiketnya sendiri sebagai pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan Pilihan Raya Negeri 2006.

Pada 2006, SNAP telah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) untuk membentuk Barisan Bersatu Sarawak atau 'Sarawak Solidarity Front' (BBS) dan mengeluar manifesto bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei 2006. MDC, parti serpihan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang gagal didaftarkan telah menggunakan simbol SNAP.[12][13][14]

Pada 2010, 20 April, SNAP telah menyertai gabungan Pakatan Rakyat secara rasminya menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.[15][16][17]